Jul 23, 2013

Adik ku sayang


Sayang ku bukanlah untuk siapa2
sayang ku untuk Allah
untuk Nabi ku
untuk keluarga ku
dan untuk Adik ku

Ya untuk adik ku,
adik-adik yang aku sayang,
adik-adik yang sentiasa menceriakan hari-hari yang bakal kulalui
adik,
sayang ini  bukanlah untuk menunjuk
bukan jua untuk meraih simpati
bukan juga untuk menarik perhatian dari mu




namun, sayang kakak kepadamu kerana Allah taala
teguran ku ini bukan sekadar cakap kosong,
mungkin ianya sekadar angin lalu bagimu
tapi percayalah, suatu hari nanti akan berguna untukmu.


adik, seiring dengan tanggunjawab di atas bumi ini
jangan dilupakan tanggungjawab kita kepada Allah
suatu hari nanti kamu juga bakal menjadi kakak.
kakak yg akan menjaga adik-adik dan amanah dari Allah,




adik, ingatlah walau dimana kita berada ikhlas kan hati mu
dalam melakukan apa jua pekerjaan.

benar kita satu keluarga, keluarga yang tiada ikatan kandung
namun percayalah, jika segalanya kerana Allah
pasti ada ikatan kekeluargaan di hatimu..





adik ingatlah,
hidup ini
umpama langit yg bukan sentiasa cerah,
pasti ada hujan dan kelamnya.
sabarlah ketika cabaran dan dugaan datang
satu ketika ia jugalah yang akan mematangkan kamu.
akan ada pelangi yang indah dalam hidup mu.

adik, kakak sayang adik.










p/s: again, i love all of you jpkk jun13 ;)

1 comment: