Jul 25, 2013

Aku

terkadang aku rimas dengan semua ini. 
rimas bila memikirkan kenapa aku masih berada di takok yang lama
masih lagi terkapai-kapai mencari hala tuju hidup

walhal rakan-rakan ku sudah nampak cerah masa hadapan mereka,
aku akur..
diploma ku umpama mencari segulung ijazah
dan sahabat ku, ijazah umpama melepasi sijil.
mudahnya bagi mereka untuk mengejar cita-cita.
masyaAllah. 

namun aku pasti dan yakin ada hikmah disebalik semua ini.
tapi aku masih tidak menjumpai dimanakah hikmahnya
buat diriku..
astagfirulllah al-azim..
Allah telah merancang sebaik-baiknya.

hatiku sedikit terkesan apabila ada yang bertanya
"keje mana sekarang?"
mungkin perjalanan mereka lebih cepat dan pantas
dan perjalanan aku lebih banyak liku nya.

aku akur, aku bukanlah hebat. 
aku masih lagi belajar untuk menjadi hebat
belajar untuk menjadi yang terbaik

ijazah..
itulah cita-cita dan impianku. 
mungkin aku seorang pelajar extend
tapi itu bukan penghalang,

sampai masa aku mahu banggakan mak ku
mak yang banyak memberi dorongan dan sokongan
sayang mak sangat2.

semoga dugaan dan peritnya hidup ku kini menjadi
pengalaman dan pengajaran hidup untuk ku. 


amin...

salam ramadhan 18..


No comments:

Post a Comment