Apr 18, 2012

Cinta Sebelum Nikah wujud. Halal.

Alhamdullilah... dengan cuaca yang  mendung ni tergerak hati nak update blog lagi. InsyAllah semoga entry kali ni lebih bermanfaat. Cinta sebelum nikah wujud? ye ke? Ya! benar. cinta itu wujud. mesti korang pelik kan walhal sebelum ni aku terang-terangan menolak cinta org yg belum kahwin dgn pasangan lelaki/perempuan yang bukan muhrim. Cinta yang aku tolak tu adalah cinta yang membawa ke neraka. Mungkin entry kali ni nak memperbetulkan cerita yang lepas. entry lepas lebih beremosi dan terlalu straight 4ward.

Suka aku mentionkan lagi quote dari bro Hilal Asyraf. "Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya. Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta"

 Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai "pasangan kekasih" cuba korang renungkan. Adakah dia buatkan korang lebih terjerumus kepada zina? dan yang paling penting ada tak usaha dia untuk memperisterikan/mempersuamikan korang. Itu yang penting.

Islam itu mudah. Tak pernah pula dengar hadith2 atau dalil yang mengharamkan cinta. Itu fitrah. Nak bercinta,bercintalah. Yang jatuh hukum haram tu adalah cinta yg membawa kepada zina. opps. sapelah aku ni kan nak cerita pasal hukum hakam bagai. tapi ingat!

Bagi kaum adam berkawan dengan hawa dengan niat untuk memperisterikan, bukan sekadar suka-suka. Si Adam harus mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik satu hari kelak. yang boleh mendidik si isteri dan anak-anak. Harus!


dan untuk yg girl2 tu jagalah batasan pergaulan. jangan terlalu 'over'. maksud over tu, terlalu memanjakan diri dengan pasangan. cakap dgn pasangan pun dilenggang lenggok kan nada tu, biasa2 sudah. hikss ;p




ok tu je. harap perkongsian ni dapat memperbetulkan serba sedikit berkenaan entry yang lepas. Cinta Abadi dan Hakiki. and










lastwords : lagi sebulan lagi nak habis praktikal! sedih dan happy! bercampur baur.

2 comments:

  1. Replies
    1. HAHA xD ye! sgt bermakna. harap bermanfaat utk sume org!

      Delete