Jun 21, 2011

SYIOKK DI MEKAH DAN MADINAH ;)))

assalamualikum w.b.t. dan selamat sejahtera to all readers... alhamdullilah aku masih lagi bernafas pada saat ni.. tak lupa jugakk aku panjatkan kesyukuran sbb selamat pergi dan balik dari mekah. lebih kurang 2minggu jugak aku dah balik dari mekah... the best holiday i never had ! wahhh. penat balik dari tanah suci belum lagi habis. almaklumlah first time naik flight.. hahha! rasa nak pegi lagi... okayy , tanpa membuang masa rase teruja sgt nak story pengalaman yang paling best aku penah lalui. bukan nak menunjuk tapi just nak ajak semua kawan2 spya tanam niat dan azam nak pegi sini banyak2 kali.

For the first time aku jejak kan kaki dekat masjid yang paling banyak kenangan bersama Rasullulah s.a.w iaitu masjid nabawi....
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda:

"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Betapa banyaknye ganjaran kalau kita solat kat sini. nak masuk masjid ni mmg ramai org. kalau dtg time azan mmg compem solat kat celah2 ketiak makcik2 kat sini.... huhu~ so, kami semua kene dtg awal. kdg2 1jam sebelum azan dah kene ready nak solat. ramai org wa cakap lu~ tapi bila balik je solat, nak blik hotel rase tenang and lega je. tah la. susah nak describe perasaan aku time tu.. 

then tempat yang paling aku tersentuh hati bila aku sampai.. Raudhah....

Raudhah ni dimana makam nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.. atau erti kata lain kubur Nabi dan para sahabat..

Nabi penah bersabda barangsiapa yang melawat aku ketika aku wafat sama manfaatnya menziarahi aku ketika aku hidup.
Allahuakbar... sampai sekarang aku still tak percaya aku dah sampai sana. betul ke aku? hamba Allah yang kerdil ni dah sampai kat makam nabi.... huuu~ =___= nak masuk sini pon susah kene tunggu 1, 2 jam.. sebab ape, ade guard kat sini akan asinggkan para jemaah ikut negara. selalu negara Malaysia ni last2. nak buat mcmne kan kene sabar je banyak2..
then, kami dibawa ke pekuburan baqi' tak jauh dari masjid nabawi. dekat je. tapi sekarng ni muslimat tak boleh masuk. tak tau kenapa. kat perkuburan ni lah jugak isteri nabi Siti Aisyah dikebumikan. nak tahu tak sesiapa yang meniggal dan dikebumikan disini jaminan syurga... wahh, time ni lah aku rase nak duduk kat bumi madinah ni sampai bila2..

pastu dalam 3 malam kami kat tanah suci madinah ni, kiteorang bertolak pergi mekah al mukaramah.... saat yang ditunggu2. yang lelaki memasing siap2 pakai ihram kalau pompuan just menutup aurat dengan sempurna.
dalam 2 pagi camtu la sampai kat mekah. then pas siap check in hotel sume kami mula buat umrah yang pertama... depan hotel kami berkompol nak jalan kaki dalam 1km pegi masjidiharam dimana terletaknya kaabah, kiblat semua umat islam. sesampai je, aku bersyukur sangat sebb dengan izin Allah aku dapat jadi tetamu Dia. ada lagi umat yang kat luar sana nak pegi ada duit cukup complete tapi tak dapat2 pegi. aku ni yang biasa2 je dapat jejakkan kaki kat tanah suci ni.. Astaghfirullah al azim, istighfar aku banyak2 bila tengok kaabah depan mata dekelilingi umat islam yang tengah tawaf. erkk, sedih pulakk..bagi aku kaabah adalah binaan yang paling unik ~
dalam 9hari rutin kami sama je. just beribadah. takda pikir pasal hal keduniaan. happy saje. bila azan pegi masjidilharam, then balik makan, tido, bangun, solat subuh.... tenang je rasa hati ni. tapi dalam happy2 ade jugak dugaan dan ujian yang Allah beri. tu sume bgantung kat iman masing. iman kan senipis bawang. then kita kene doa banyak2 supaya Allah kuatkan iman kita... InsyaAllah.

lepas 9-10 hari camtu kiteorang dah kene balik. haihhh. sayuu hati okayy time ni . 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
air mata kuar due tiga titik =__='' . mne tau ni last aku dtg sini kan? and kita kene tanamkan azam supaya dpt pegi lagi sini. huu. okayy ni je pengalaman yang boley dikongsikan.. sorry sebb tak upload gamba sebb internet lembab. apepon, thanks sebab sudi bace ;D


No comments:

Post a Comment