Apr 24, 2012

Setia Seorang Sahabat


Kawan mana yang tak rasa sakit bila pernah rasa macam dibuang.
Katanya aku lupa dia.
Aku berani bersumpah demi Allah.
Tidak sekali aku tergamak buat macamtu dekat kawan yang pernah rapat.
All we doings are together.

Kami makan sama-sama
Kami tidur sama-sama
Kami pergi ke sekolah sama-sama
Kami belajar sama-sama
Kami susah senang bersama.
dan Kami mandi jua bersama-sama. ehh.
Yep we are friend forever *kononnya.

Dalam arus mengejar cita-cita..
Kami alpa. ikatan persahabatan semakin jauh.
Katanya dia tidak layak untuk berkawan dengan aku.
uhh. pelik. kenapa tetiba je??
Sentap sangat. Rasa macam hati dirobek,hancur,luluh.
opps! ok. cukup hiperbola. tapi yang penting aku sangat sedih.

Aku akur mungkin jua aku yang salah kerana terlampau leka dan lupa untuk menjaga ikatan dengan menusia.
Bukankah habluminallahwahabluminannas?
Berkali-kali jugak aku mintak maaf.
Tak harap untuk dia reply tapi cukup kalau dia baca dan memaafkan.
Tapi,
Satu kelemahan aku.
Takut untuk bersuara. dan aku tak pernah taliphone.
lebih selesa meluahkan sesuatu dengan perkataan.

Dalam kesibukan kami menimba ilmu menggunakan timba,
aku mula ingat kawan-kawan aku yang lain.
Aku sedar. mungkin aku membelakangi dorang. Tapi aku tak pernah lupa.
Ya itu prinsip aku. Segala apa kenangan aku takkan lupa. kecuali kalau aku mental atau nyanyuk.

Namun, sebarang respon tidak aku terima dari dia.
Aku akur mungkin aku jgak yang bersalah.
Tiada siapa yang sempurna.

Sehingga satu saat,
aku putus asa.
Kawan silih berganti boleh cari
Biarkan dia pergi hanyut dengan semua kenangan2 manis.
Kalau ada bendera putih mahu saja aku angkat dan tunjukkan kepada dia.

Tanpa dia aku masih ada lagi kawan2 yang sentiasa sokong dan bantu aku.
aku gembira dengan kehidupan aku. Ya aku selesa.
Yang penting kata-kata maaf sudah kuucapkan.

Tapi, dalam kegembiraan terselit kekesalan
Kesal dengan apa yang berlaku.
Kesal ikatan persahabatan kita putus dengan seribu tanda tanya.

Tipu kalau aku cakap aku tak rindu dia.
serius rindu. dan aku intai2 facebook dia.
terkejut nya aku bila dia remove aku sebagai kawan.

uhh. nak menangis rasanya.
Tapi cukup lah aku tahu yang dia sihat dengan hanya tengok gambar profile.

Hari silih berganti....

************* 

bersambung...

2 comments: